KENYATAAN MEDIA LAMAN ANTI ISA

Seperti yang kami tegaskan sedari awal, penahanan beberapa pemimpin reformasi adalah berhubung dengan pendedahan demi pendedahan mereka terhadap segala salah guna dan peyelewengan kerajaan. Kami menolok bahawa ada dikalangan mereka ingin melancarkan rusuhan ganas seperti yang didakwa oleh Ketua Polis Negara. Bagi membuktikan dakwaan kami, kami telah menyiarkan beberapa dokumen yang mengesahkan segala tuduhan Ezam Mohd Noor dan teman teman yang lain bahawa terhadap salah guna kuasa yang serius di Malaysia ini, dan budaya ini andai tidak dibendung akan merugikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kami akan berterusan mendedahkan segala dokumen ini bagi meyedarkan rakyat bahawa Perdana Menteri yang tidak dapat menjawab tuduhan demi tuduhan yang telah diajukan kepadanya berhubung dengan dokumen dokumen yang kami miliki ini- telah menggunakan pihak keselamatan untuk mempertahankan diri, dan lebih malang apabila Ketua Polis Negara sendiri sanggup mencemarkan imej Polis apabila membenarkan segala tuduhan palsu keatas Ezam dan teman yang lain.

Kami suka memberikan ingatan kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara andai Ezam dan teman teman tidak dibebaskan sehingga 31.05.2001, maka kami tiada pilihan selain dari mengerakkan perhimpunan rakyat menentang kezaliman secara besar besaran, yang akan dihadiri oleh kesemua poyokong kami yang bencikan ISA dan kezaliman itu sendiri. Sepanjang menunggu tempoh itu- kami akan berterusan mendedahkan segala bukti kepada rakyat.

Dalam masa yang sama, kami menyeru semua rakyat Malaysia supaya mendesak kerajaan membebaskan semua 10 tahanan ISA yang ditahan kerana tuduhan palsu, penahanan mereka bermotifkan politik karana bimbang pendedahan pendedahan mereka terhadap salah guna kuasa akan meyebabkan rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang ada, sedangkan dalam masa yang sama wang wang rakyat sedang dirompak oleh perompak perompak berkolar putih yang dilindungi oleh Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara.

Kami mewakili semua badan dan gerakan memansuhkan ISA, melahirkan rasa kesal diatas penahanan ini dan memohon supaya mereka semua dibebaskan segara. Kami melahirkan rasa dukacita kerana setelah sekian lama merdeka, rakyat masih lagi ditakut takutkan dengan undang undang zalim yang membolehkan sesiapa juga ditahan tanpa perlu membuktikan kesalahan beliau. Berhubung dengan itu, Kami berharap Ketua Polis Negara bertindak bijak dan membebaskan kesemua mereka secepat mungkin atau sekurang kurangnya mendakwa mereka dimahkamah terbuka.

Pegurus Laman Anti ISA
17.05.2001
http://nt_isa.tripod.com

 
Kembali ke Laman Utama